
Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Kp Jpj Malaysia
Kuala Lumpur, 22 Julai 2019 – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Dato’ Sri Shaharuddin Khalid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
Pertemuan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu penguatkuasaan undang-undang jalan raya.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato’ Azisman Alias dan Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Dato’ Sri Shaharuddin Khalid bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Dato’ Sri Shaharuddin Khalid bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Dato’ Sri Shaharuddin Khalid ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sekitar kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Dato’ Sri Shaharuddin Khalid ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Dato’ Sri Shaharuddin Khalid.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Dato’ Sri Shaharuddin Khalid menandatangani buku pelawat.
Bergambar kenangan.