
Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Delegasi Bahagian Keselamatan Kdn
Kuala Lumpur, 9 Januari 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Delegasi yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Keselamatan KDN yang baharu, Tuan Zulkifli Abidin itu bertujuan memupuk persefahaman dan mewujudkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua pihak.
Hadir sama, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan, Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), DCP Dato’ Dr. Lee Bee Phang dan pegawai kanan PDRM.
Setiausaha Bahagian Keselamatan KDN, Tuan Zulkifli Abidin bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama delegasi Setiausaha Bahagian Keselamatan KDN.
Sekitar kunjungan hormat Setiausaha Bahagian Keselamatan KDN, Tuan Zulkifli Abidin ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sekitar kunjungan hormat Setiausaha Bahagian Keselamatan KDN, Tuan Zulkifli Abidin ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.