Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Lembah Pantai
Kuala Lumpur, 13 Februari 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ahli Parlim...
Kuala Lumpur, 13 Februari 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
Kunjungan hormat itu antaranya membincangkan mengenai kebajikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan penambahbaikan fasiliti serta kuarter PDRM di kawasan berkenaan.
Selain itu, pertemuan tersebut bertujuan memupuk hubungan kerjasama antara kedua belah pihak dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk Lembah Pantai.
Hadir sama, Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato' Abd Rahim Jaafar, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri.

Bergambar kenangan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menandatangani buku pelawat.

Sekitar kunjungan hormat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.