Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Terima Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Lembah Pantai

Published: 13 Feb 2020 4.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 13 Februari 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-ahli-parlimen-lembah-pantai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:23 MYT
Kuala Lumpur, 13 Februari 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.

Kunjungan hormat itu antaranya membincangkan mengenai kebajikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan penambahbaikan fasiliti serta kuarter PDRM di kawasan berkenaan.

Selain itu, pertemuan tersebut bertujuan memupuk hubungan kerjasama antara kedua belah pihak dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk Lembah Pantai.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato' Abd Rahim Jaafar, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri.

Image may contain: 11 people, people standing
Bergambar kenangan.
 
Image may contain: 2 people, people standing and indoor
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
 
Image may contain: 3 people, indoor
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menandatangani buku pelawat.
 
Image may contain: 4 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
 
ArticlePublished 13 Feb 2020 4.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM