Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Tan Sri Razarudin Terima Kunjungan Hormat Commisioner General Knpa

Diterbitkan: 11 Sep 2023 9.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 11 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya daripada Republik Korea Selatan, Commisioner General Yoon Hee-keun dalam usaha meningkatkan kerjasama keselamatan dua hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Korean National Police Agency (KNPA).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tan-sri-razarudin-terima-kunjungan-hormat-commisioner-general-knpa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:58 MYT
Kuala Lumpur, 11 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya daripada Republik Korea Selatan, Commisioner General Yoon Hee-keun dalam usaha meningkatkan kerjasama keselamatan dua hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Korean National Police Agency (KNPA).

Pertemuan empat mata dengan Tan Sri Razarudin tersebut berlangsung hampir dua jam di Bilik Mesyuarat KPN, tingkat 31, Menara 1 Bukit Aman sebelum disusuli jamuan ringan di Dewan Banquet.

Kunjungan hormat tadi menandakan kepentingan hubungan keselamatan dua hala antara kedua-dua negara, yang menyaksikan Korean National Police Agency (KNPA) kekal sebagai rakan sahabat PDRM.

Terdahulu, Commisioner General Yoon yang tiba bersama delegasinya sekitar jam 1.30 petang di Bukit Aman telah diberikan penghormatan tertinggi Pasukan untuk membuat pemeriksaan baris kepada Kawalan Kehormatan Utama daripada Pasukan Simpanan Persekutuan.

Yang turut hadir, barisan Pengarah dan timbalan Pengarah Jabatan PDRM serta barisan Ketua Urus Setia KPN.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri


Mungkin imej 5 orang dan teks

Mungkin imej 15 orang dan teks yang berkata 'POLIS DIRAJA MALAYSIA 6'

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 4 orang dan teks

Mungkin imej 4 orang dan teks

Mungkin imej 9 orang

Mungkin imej 15 orang

Mungkin imej 3 orang, dais dan teks

Mungkin imej 4 orang dan teks

Mungkin imej 4 orang, dais dan teks

Mungkin imej 7 orang, meja dan teks

ArtikelDiterbitkan 11 Sep 2023 9.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM