
Article
Kpn Tan Sri Razarudin Terima Kunjungan Hormat Commisioner General Knpa
Kuala Lumpur, 11 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya daripada Republik...
Kuala Lumpur, 11 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya daripada Republik Korea Selatan, Commisioner General Yoon Hee-keun dalam usaha meningkatkan kerjasama keselamatan dua hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Korean National Police Agency (KNPA).
Kunjungan hormat tadi menandakan kepentingan hubungan keselamatan dua hala antara kedua-dua negara, yang menyaksikan Korean National Police Agency (KNPA) kekal sebagai rakan sahabat PDRM.
Terdahulu, Commisioner General Yoon yang tiba bersama delegasinya sekitar jam 1.30 petang di Bukit Aman telah diberikan penghormatan tertinggi Pasukan untuk membuat pemeriksaan baris kepada Kawalan Kehormatan Utama daripada Pasukan Simpanan Persekutuan.
Yang turut hadir, barisan Pengarah dan timbalan Pengarah Jabatan PDRM serta barisan Ketua Urus Setia KPN.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri