
Artikel
Kpn Sertai Mdn Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Arab Saudi
Putrajaya, 20 Februari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menyertai Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifu...
Putrajaya, 20 Februari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menyertai Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerima kunjungan hormat Duta Besar Kerajaan Arab Saudi yang baharu ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Osamah Dakhel R. Al-Ahmadi, di Kompleks Setia Perkasa, di sini.
Kunjungan hormat tersebut merupakan sebahagian daripada siri pertemuan rasmi beliau selepas menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Perwakilan Asing daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam satu istiadat di Istana Negara pada 20 Januari lalu.
Pertemuan berkenaan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara dua negara khususnya dalam aspek keselamatan serta kerjasama strategik melibatkan agensi penguatkuasaan.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Lokman Effendi Ramli.