Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Sempurnakan Pemakaian Pangkat Kp Selangor Yang Baharu

Diterbitkan: 24 Feb 2023 8.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Cheras, 24 Februari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa pagi tadi hadir ke Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Selangor serta Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sempurnakan-pemakaian-pangkat-kp-selangor-yang-baharu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT
 
Cheras, 24 Februari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa pagi tadi hadir ke Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Selangor serta Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor.

Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan oleh Tan Sri Acryl Sani kepada KP Selangor yang baharu, CP Dato' Hussein Omar Khan yang disematkan lencana pangkat Komisioner Polis (CP) di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, di sini.

Seusai itu, berlangsung acara serah terima tugas jawatan KP Selangor di antara pemangku jawatan tersebut iaitu DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam dengan Dato' Hussein sambil disaksikan oleh Tan Sri Acryl Sani dengan disusuli penyerahan dokumen rasmi dan tongkat kuasa.

Turut berlangsung ialah serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor di antara Dato' Sasikala yang memangku jawatan tersebut dengan suri kepada Dato' Hussein iaitu Datin Liliyana Haryanti Dato' Mohd Harunizam. Acara tersebut disaksikan oleh Puan Sri Ir. Zaitun.

Yang turut hadir, Komandan Maktab PDRM, DCP Dato' Pahlawan Anuar Othman, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Selangor, barisan pegawai kanan dan pegawai rendah polis kontinjen Selangor, Ahli-ahli Jawatankuasa PERKEP Kontinjen Selangor serta rakan-rakan media.

Dato' Hussein, 52 tahun, lulusan Ijazah Sarjana Sains Siasatan Forensik, Universiti Leicester, United Kingdom merupakan bekas Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan telah berkhidmat hampir 27 tahun dalam Pasukan. Antara jawatan yang pernah beliau sandang sebelum ini ialah Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Databank DNA, Makmal Forensik PDRM dan Ketua Penolong Pengarah, Siasatan Databank DNA (D13), JSJ Bukit Aman.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and military uniform

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and text that says 'HUSSEIN @H MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA KUALA LUMPUR'

May be an image of 13 people and people standing


ArtikelDiterbitkan 24 Feb 2023 8.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM