Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Sempurnakan Majlis Tandatangani Plak Wcb Psk

Published: 05 Jan 2024 6.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 5 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyempurnakan Majlis Menandatangani Plak Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) di Dewan Theatrette, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sempurnakan-majlis-tandatangani-plak-wcb-psk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:08 MYT
Kuala Lumpur, 5 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyempurnakan Majlis Menandatangani Plak Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) di Dewan Theatrette, di sini, pagi tadi.

Kehadiran Tan Sri Razarudin tadi telah disambut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali bersama Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (WCB/PSK) Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis, SAC Mohammad Azlin Sadari.

Tan Sri Razarudin dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada warga Jabatan KDNKA amnya dan WCB/PSK khasnya yang sebelum ini bertungkus lumus berusaha melindungi serta memelihara khazanah negara.

“Operasi-operasi yang dijalankan oleh WCB/PSK bukanlah hanya tertumpu kepada usaha mengekang aktiviti penyeludupan hidupan liar sahaja. Namun, ia juga memberi fokus utama kepada khazanah alam negara yang dilihat semakin pupus,” ujar beliau.
Tambahnya lagi, Polis Diraja Malaysia sememangnya komited dalam menyokong usaha Kerajaan melindungi dan memelihara khazanah negara serta mengukuhkan kedaulatan
undang-undang di semua peringkat khususnya melibatkan jenayah alam sekitar.

Pertemuan Tan Sri Razarudin bersama warga kerja WCB/PSK tadi merupakan lanjutan daripada pertemuannya kali pertama di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak sempena Majlis Perasmian Biro WCB/PSK pada 7 Oktober lalu.

Kemuncak majlis tadi menyaksikan Tan Sri Razarudin menandatangani plak sebagai simbolik Biro WCB/PCK telah sempurna dirasmikan dan diikuti penyampaian sijil penghargaan kepada SAC Mohammad Azlin yang mewakili biro atas khidmat cemerlang yang dipamerkan mereka selama ini.

Turut hadir, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan) Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Khas) Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Anuar Rosdi dan barisan Komander-komander.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Konstabel Muhamad Azri Mohd Sabri.

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 10 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 1 orang, dais dan teks

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 5 orang dan teks

Mungkin imej 10 orang dan teks


ArticlePublished 05 Jan 2024 6.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM