Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Sempurnakan Majlis Khatam Al Quran Dan Iftar Perdana Di Masjid Bukit Aman

Diterbitkan: 19 Mar 2025 3.34 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 19 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana bertempat di Masjid Bukit Aman di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sempurnakan-majlis-khatam-al-quran-dan-iftar-perdana-di-masjid-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:59 MYT
Kuala Lumpur, 19 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana bertempat di Masjid Bukit Aman di sini, petang tadi.

Kehadiran beliau bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman disambut Timbalan KPN, DIG Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay serta Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Sri Azri Ahmad dan Timbalan Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling) JIPS Bukit Aman merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim.

Tertib aturcara dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh 120 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah serta pegawai awam. Majlis telah dipimpin oleh Naqib merangkap Ketua Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Muhammad Amzar Fitri Wan Mohd Azlan.

Lebih bermakna lagi, majlis tersebut turut disertai Puan Sri Datuk Zainah bersama Pengerusi PERKEP JIPS, Datin Sri Norliah Othman dan Pengerusi PERKEP Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Datin Sarihah Jusoh.

Seusai itu, Tan Sri Razarudin bersama Dato' Sri Ayob Khan telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada semua peserta dan fasilitator tadarus al-Quran yang mengambil bahagian pada tahun ini, serta pemberian sumbangan kepada 37 anak yatim daripada 15 keluarga dalam kalangan warga PDRM Bukit Aman.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, program diisi dengan sesi tazkirah oleh Ustaz Wan Muhammad Amzar Fitri bertajuk "Istimewanya Ramadan".

Program berakhir selepas Tan Sri Razarudin bersama para tetamu menikmati juadah yang disediakan dan menunaikan solat fardu serta sunat terawih berjemaah di ruang solat utama masjid.

Turut hadir, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, warga PDRM Bukit Aman, Ahli-ahli PERKEP dan kariah masjid.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 4 people, dais and text that says 'I P'

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 1 person and crowd

May be an image of 5 people, headscarf, dais and text

May be an image of 12 people and text


ArtikelDiterbitkan 19 Mar 2025 3.34 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM