
Article
Kpn Sembah Mengadap Yang Di Pertuan Agong Di Istana Negara
Kuala Lumpur, 22 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di...
Kuala Lumpur, 22 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang Ke-265 yang diadakan di Istana Negara, hari ini.
Sembah mengadap oleh Tan Sri Razarudin itu bagi menyembah maklum Baginda Tuanku mengenai perkembangan terkini hal ehwal keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Turut sembah mengadap sama ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman.
Sumber: Istana Negara


