
Article
Kpn Sembah Mengadap Sultan Kedah Di Istana Anak Bukit 20250729
Alor Setar, 29 Julai 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail sembah mengadap Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Ami...
Alor Setar, 29 Julai 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail sembah mengadap Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, di sini, pagi tadi.
Sesi mengadap oleh Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid itu bagi menyembah maklum kepada baginda mengenai perkembangan semasa melibatkan keselamatan negara termasuk kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia dalam menjaga ketenteraman awam khususnya di negeri Kedah.
Turut hadir, Ketua Polis Kedah, CP Adzli Abu Shah dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim




