Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Sembah Mengadap Dymm Sultan Selangor

Published: 02 Jul 2025 7.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 2 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini sembah mengadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Darul Ehsan, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Istana Bukit Kayangan, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sembah-mengadap-dymm-sultan-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:21 MYT
Shah Alam, 2 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini sembah mengadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Darul Ehsan, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Ketibaan Dato' Sri Hj. Mohd Khalid di Istana Bukit Kayangan telah disambut oleh Yang Amat Dihormati Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Tengku Azman Shah Alhaj, Pegawai Protokol Istana, Dato' Ahmad Faisal Zakaria dan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Hj. Mohd Iqbal Ibrahim.

Turut sama dalam sembah mengadap tersebut ialah Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan.

Terdahulu, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid berkesempatan menyantuni warga kerja Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor dan beramah mesra dengan warga Pasukan yang bertugas di sana.

Hadir sama, ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan IPK Selangor, ACP Somu Subramaniam.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

ArticlePublished 02 Jul 2025 7.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM