Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Sembah Mengadap Dymm Sultan Selangor Di Istana Kayangan

Diterbitkan: 27 Feb 2024 12.46 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
KPN SEMBAH MENGADAP DYMM SULTAN SELANGOR DI ISTANA KAYANGAN
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sembah-mengadap-dymm-sultan-selangor-di-istana-kayangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:23 MYT
Shah Alam, 27 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain sembah mengadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Istana Bukit Kayangan, di sini, petang tadi.

Beliau kemudiannya dibawa melawat ke Galeri Peribadi Tuanku dengan diiringi Juruiring Tentera kepada DYMM Sultan Selangor, Kepten (K) Dato’ Hj. Ahmad Ramli Kardi PSSTLDM.

Terdahulu, menyambut ketibaan KPN di Istana Bukit Kayangan ialah Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Hj. Mohd Iqbal Ibrahim dan Ketua Pegawai Turus Istiadat Polis Diraja Malaysia, Superintendan Hammizamri Abdullah.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

 
ArtikelDiterbitkan 27 Feb 2024 12.46 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM