Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Sematkan Pangkat Cp Kepada Datuk Dennis Lim Kwang Keng

Published: 09 Jun 2026 2.55 AM Updated: 15 Aug 2026 6.57 PM
Kuala Lumpur, 9 Jun 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menyematkan lencana pangkat Komisioner Polis (CP) kepada Datuk Dennis Lim Kwang Keng dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pejabat KPN, Tingkat 31, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sematkan-pangkat-cp-kepada-datuk-dennis-lim-kwang-keng
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:07 MYT
Kuala Lumpur, 9 Jun 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menyematkan lencana pangkat Komisioner Polis (CP) kepada Datuk Dennis Lim Kwang Keng dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pejabat KPN, Tingkat 31, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.

Datuk Dennis Lim Kwang Keng yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah dinaikkan pangkat untuk menerajui Polis Kontinjen Pulau Pinang dalam satu arahan pertukaran yang diumumkan oleh Bukit Aman, baru-baru ini.

Datuk Dennis Lim Kwang Keng akan menggantikan CP Dato’ Ts. Azizee Ismail sebagai Ketua Polis Pulau Pinang baharu yang akan menjalani persaraan wajib berkuat kuasa 20 Jun ini.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali dan Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Sukri Kaman.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar.

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text


ArticlePublished 09 Jun 2026 2.55 AMUpdated 15 Aug 2026 6.57 PM