Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Santuni Petugas Mpv Dan Urb Jpjkk Dalam Program Singgah Sahur Di Ipd Brickfields

Diterbitkan: 07 Mar 2026 2.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 Mac 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyantuni petugas Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang mewakili seluruh Kontinjen Kuala Lumpur (KL) dalam Program Singgah Sahur di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, sekitar jam 4.30 pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-santuni-petugas-mpv-dan-urb-jpjkk-dalam-program-singgah-sahur-di-ipd-brickfields
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:56 MYT
 
Kuala Lumpur, 7 Mac 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyantuni petugas Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang mewakili seluruh Kontinjen Kuala Lumpur (KL) dalam Program Singgah Sahur di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, sekitar jam 4.30 pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Spanco Sdn Bhd., Dato’ Azman Hj. Idris dan Pengarah JPJKK, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri selaku penganjur bersama program berkenaan.

Dalam suasana penuh mesra, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bersama kepimpinan Pasukan berkongsi juadah sahur dengan petugas yang terus komited melaksanakan amanah sepanjang bulan Ramadan.

Berucap pada program tersebut, beliau menegaskan bahawa peranan unit MPV dan URB amat penting dalam kawalan serta pencegahan jenayah memandangkan kedua-duanya bertindak sebagai "first responder" kepada laporan yang diterima oleh Pusat Kawalan Polis Diraja Malaysia.

Menurut beliau, kehadiran pantas serta rondaan berkala yang dilaksanakan mampu membendung jenayah, selain memberi tekanan kepada penjenayah, khususnya ketika musim perayaan.

Beliau turut menyatakan rasa bangga atas komitmen yang ditunjukkan oleh petugas yang sanggup mengetepikan kepentingan diri demi melaksanakan amanah Pasukan, terutamanya mereka yang akan terus bertugas pada hari lebaran nanti.
Sejurus selesai program, petugas kembali meneruskan rondaan keselamatan di sektor masing-masing.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Aida Abdul Hamid, Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abd Rahman Kassim, Timbalan KP Kuala Lumpur, DCP Dato’ Mohd Azani Omar, barisan Timbalan Pengarah JPJKK Bukit Aman, Ketua Polis Daerah (KPD) Brickfields, ACP Hoo Chang Hook serta barisan KPD.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Byranlie Mustin.

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people, ambulance and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of ambulance, lighting, car, road and text

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 07 Mar 2026 2.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM