Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Santuni Penduduk Kampung Pulau Banggi Dalam Program Community Policing

Diterbitkan: 20 Nov 2023 3.52 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kudat, 20 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini meneruskan lawatan kerjanya ke Kontinjen Sabah dengan menyantuni penduduk Kampung Pulau Banggi menerusi program “Community Policing” di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-santuni-penduduk-kampung-pulau-banggi-dalam-program-community-policing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:20 MYT
Kudat, 20 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini meneruskan lawatan kerjanya ke Kontinjen Sabah dengan menyantuni penduduk Kampung Pulau Banggi menerusi program “Community Policing” di sini.

Program anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang kepentingan untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan kawasan persekitaran pulau aman dan selamat.

Aktiviti kemasyarakatan itu juga mampu mendidik orang ramai untuk menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak polis bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kepentingan awam.

Pelbagai aktiviti menarik bersama penduduk setempat telah dianjurkan tadi seperti demonstrasi menanggani ancaman penculikan daripada pasukan keselamatan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta pameran daripada agensi kerajaan termasuk swasta.

Menerusi program tadi juga, Tan Sri Razarudin bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman berbesar hati menyampaikan sumbangan kebajikan berupa bakul makanan kepada 30 asnaf dan ibu tunggal serta menyampaikan jaket keselamatan dan beg sekolah kepada 10 pelajar Sekolah Kebangsaan Karakit, di sini.

Berucap tadi, Tan Sri Razarudin melahirkan harapannya agar masyarakat setempat dapat menjadi rakan karib kepada PDRM dalam memastikan keselamatan penduduk dan keamanan pulau terjamin, selari dengan slogan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.

“Apa yang jelas, hubungan akrab antara masyarakat dan pihak polis perlu sentiasa disuburkan melalui penglibatan langsung masyarakat dalam setiap program anjuran PDRM."

"Ini sekali gus dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa peka dan memahami akan perlakuan jenayah khususnya di kejiranan mereka”, ujarnya.

Tambahnya lagi, tanggungjawab pencegahan jenayah seharusnya bermula dari rumah kerana generasi muda selaku pelapis pembangun negara mestilah dididik untuk menghargai nikmat keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi negara pada hari ini.

Seusai menyantuni penduduk kampung, Tan Sri Razarudin turut berkesempatan menyerahkan kelengkapan logisitik berupa lampu solar kepada Panglima Markas Divisyen Kelima Infantri Tentera Darat Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dan Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am, SAC Datuk Abdul Rani Alias bagi kegunaan di pos-pos keselamatan Pulau Malawali dan Pulau Balambangan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kudat, Dato’ Verdon Bahanda, Ahli Dewan Undangan Negeri Banggi, Tuan Mohammad Mohamirin, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun dan wakil-wakil agensi kerajaan serta swasta.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

Mungkin imej 11 orang

Mungkin imej ‎12 orang dan ‎teks yang berkata '‎Bف BALAI POLIS KARAKIT PULAU BANGGI, KUDAT 011 5946 6558 011 6317 7663 LIS B @HAK MILIK PDRM‎

Mungkin imej 5 orang, dais dan teks

Mungkin imej 13 orang dan teks

Mungkin imej 11 orang

Mungkin imej 6 orang, dais dan teks

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 13 orang, biola, bermain seruling, klarinet, pembesar suara, dais dan teks

Mungkin imej 17 orang, pembesar suara dan dais

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 4 orang, dais dan teks yang berkata 'ARSHAD POLIS'

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 4 orang, dais dan teks

Mungkin imej 2 orang, bermain seruling, dais dan teks yang berkata 'ARUDIN POLIS DIRAJA MALAYSIA'

Mungkin imej 11 orang, kanak-kanak, tasik dan teks

Mungkin imej bot dan teks yang berkata '@HAK MIL POLIS CENDERAWASIH18'

Mungkin imej jet ski, bot dan teks

Mungkin imej kapal selam, bot dan teks

Mungkin imej 4 orang, jet ski, bot dan teks

Mungkin imej 8 orang dan teks yang berkata 'pE PERKEP'

Mungkin imej 4 orang, dais dan teks

Mungkin imej 12 orang, dais dan teks

Mungkin imej 9 orang dan teks

Mungkin imej 8 orang dan teks
ArtikelDiterbitkan 20 Nov 2023 3.52 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM