Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Santuni Kanak Kanak Autistik Warga Pdrm

Diterbitkan: 11 Feb 2026 3.47 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.58 PM
Kuala Lumpur, 10 Februari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail meluangkan masa menyantuni kanak-kanak autistik di Pusat Autisme Pengaman Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-santuni-kanak-kanak-autistik-warga-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:16 MYT
Kuala Lumpur, 10 Februari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail meluangkan masa menyantuni kanak-kanak autistik di Pusat Autisme Pengaman Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau di pusat autisme berkenaan telah disambut oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid bersama Timbalan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia, Tan Sri Hussin Hj. Ismail yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pusat Autisme Pengaman PDRM.

Lawatan yang diadakan merupakan satu penghormatan besar dalam menyaksikan dedikasi, komitmen dan inisiatif murni yang dicurahkan demi kesejahteraan komuniti autisme PDRM, sekali gus membina persekitaran yang inklusif, selamat dan mesra untuk semua, khususnya golongan istimewa.

Perkongsian mesra bersama kanak-kanak autistik serta tenaga pengajar yang hadir turut memberi peluang kepada kepimpinan PDRM untuk memahami dengan lebih dekat keperluan, cabaran dan harapan komuniti autisme warga pasukan. Inisiatif berterusan seumpama ini mencerminkan komitmen PDRM dalam memperkukuh nilai keprihatinan, kebajikan serta sokongan menyeluruh terhadap kesejahteraan keluarga warganya.

Pusat Autisme Pengaman PDRM yang ditubuhkan pada Ogos 2020 di bawah seliaan Yayasan Pengaman Malaysia menjadi bukti usaha proaktif sebuah agensi penguatkuasaan yang melangkaui tugas utama. Ia turut mengintegrasikan program kesejahteraan sosial yang komprehensif sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial bersama.

Turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia, Tan Sri Norian Mai, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi), Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Azman Shari'at, barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia.

Jurugambar: Koperal Muhammad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and text that says 'DALT II a'

May be an image of one or more people, hospital and text

May be an image of dais and text


ArtikelDiterbitkan 11 Feb 2026 3.47 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.58 PM