Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Santuni Delegasi Ppdb Dalam Majlis Makan Malam

Published: 07 May 2026 1.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 7 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyantuni delegasi Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam satu majlis makan malam yang berlangsung di Hotel Majestic, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-santuni-delegasi-ppdb-dalam-majlis-makan-malam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:20 MYT

Kuala Lumpur, 7 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyantuni delegasi Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam satu majlis makan malam yang berlangsung di Hotel Majestic, di sini, malam tadi.

Ketibaan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato’ Seri Pahlawan Sulaiman Alidin bersama isteri, Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah Abdullah Chong, selaku Yang Di-Pertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis, disambut oleh KPN bersama barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis berkonsep santai ini menjadi simbol penghargaan pucuk pimpinan PDRM terhadap delegasi PPDB sempena lawatan kerja rasmi mereka. Lebih daripada sekadar jamuan, ia mencerminkan semangat "esprit de corps" yang utuh, sekali gus mempererat hubungan persaudaraan serta kerjasama strategik antara kedua-dua pasukan keselamatan.

Turut hadir, barisan Timbalan Pengarah PDRM serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Mohd Azani Omar.   

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery
Kpn Santuni Delegasi Ppdb Dalam Majlis Makan Malam

Kpn Santuni Delegasi Ppdb Dalam Majlis Makan Malam

Kpn Santuni Delegasi Ppdb Dalam Majlis Makan Malam

Kpn Santuni Delegasi Ppdb Dalam Majlis Makan Malam

Kpn Santuni Delegasi Ppdb Dalam Majlis Makan Malam


ArticlePublished 07 May 2026 1.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM