Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Respa Ke 36

Published: 24 Sep 2020 7.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 24 September 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador pagi tadi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Kali Ke-36 di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-rasmi-mesyuarat-agung-tahunan-respa-ke-36
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:59 MYT

Shah Alam, 24 September 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador pagi tadi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Kali Ke-36 di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini.

Ketibaan beliau pada jam 9.15 pagi disambut oleh Presiden RESPA, Tan Sri Dato' Mohd Ismail Che Rus dan Setiausaha Agung Kehormat RESPA, Dato' Ahamad Zufami Dato' Haji Mohd Ghazali.

Hadir sama, bekas Ketua Polis Negara keempat, Tun Mohammed Hanif Omar yang merupakan Penasihat RESPA dan Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Arjunaidi Mohamed selaku tuan rumah.

Dalam ucapan perasmian, Tan Sri Abdul Hamid yang juga Penaung RESPA melahirkan rasa bangganya terhadap persatuan tersebut yang kini dilihat lebih konsisten dan berdaya saing dalam menjayakan pelbagai aktiviti untuk menyokong semua isu yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan negara.

"Suara RESPA mampu membawa impak kerana ia terbentuk daripada pengalaman luas, ilmu serta kepakaran barisan kepimpinannya yang selama berpuluh tahun mengabdikan diri dalam Pasukan keramat 'Sang Saka Biru'.

"Malah dalam keadaan di mana RESPA kini berada 'on the other side of the fence', maka semestinya pandangan yang diberikan adalah lebih seimbang dan tidak 'too defensive in nature', dalam usahanya memperjuangkan hak dan kepentingan PDRM secara menyeluruh," ujar beliau.

Tan Sri Abdul Hamid dalam ucapannya juga secara peribadi menyampaikan penghargaan beliau kepada Tun Mohammed Hanif dan Tan Sri Ismail serta semua tokoh kepolisan PDRM yang hadir kerana sentiasa menjadi tulang belakang Pasukan selama ini.

"'It is indeed a privilege to have your support' dalam usaha kami untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar, demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara," ujar beliau lagi.

Sehingga kini, RESPA yang berpejabat di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur telah mempunyai keahlian seramai 1,724 dari seluruh pelusuk negara yang sentiasa memberikan komitmen tertinggi dalam setiap perjalanan program persatuan.

Mesyuarat yang selesai kira-kira jam 1.00 petang tadi turut diakhiri dengan majlis tahlil di Surau Khalid Al-Walid, IPK Selangor.

Image may contain: 2 people, people on stage, people standing, outdoor and indoor, text that says 'PDRM SELANGOR'
Ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Kali Ke-36 oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor, text that says 'PORMO Selamat Datang Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-36 Retired Senior Police Officers A
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 5 people, people sitting
Sekitar berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Kali Ke-36.

Image may contain: 1 person, standing and indoor
Nyanyian lagu Negaraku.

Image may contain: 5 people, indoor
Bacaan doa.

Image may contain: 1 person, standing
Ucapan oleh Presiden RESPA, Tan Sri Dato' Mohd Ismail Che Rus di Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Kali Ke-36.

Image may contain: one or more people, table and indoor
Ucapan oleh Presiden RESPA, Tan Sri Dato' Mohd Ismail Che Rus di Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Kali Ke-36.
ArticlePublished 24 Sep 2020 7.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM