
Artikel
Kpn Rasmi Majlis Penutup Mesyuarat Agung Kks Pdrm Kali Ke 14
Kuala Lumpur, 12 November 2021 – Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Kali Ke-...
Kuala Lumpur, 12 November 2021 – Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Kali Ke-14 Kelab Kebajikan dan Sukan Polis Diraja Malaysia (KKS PDRM), di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi KKS PDRM, CP Dato' Zaini Jass bersama Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), merangkap Timbalan Pengerusi KKS PDRM, DCP Tuan Hj. Azmi Adam.
Dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Acryl Sani telah menyampaikan replika cek Sumbangan “Grant” KKS Tahun 2021 kepada 26 penerima sumbangan yang terdiri daripada wakil persatuan-persatuan PDRM dan Tabung Kebajikan, Sukan dan Sosial (TKSS) Kontinjen, Briged serta Formasi bagi menjayakan aktiviti kebajikan, sukan dan sosial dalam kalangan warga Pasukan.
Terdahulu di sebelah pagi, telah berlangsung mesyuarat agung KKS PDRM yang dipengerusikan oleh CP Dato' Zaini bertujuan membentangkan, mengesahkan laporan tahunan dan penyata kewangan kelab serta perlantikan Ahli Jawatankuasa KKS PDRM yang baharu bagi sesi 2021/2023.
Hadir sama, barisan Pengarah-Pengarah PDRM, barisan Ketua Polis Negeri dan Pesurujaya Polis Negeri, Ahli Jawatankuasa KKS PDRM, wakil Persatuan Pegawai Kanan Polis dan Persatuan Pegawai Rendah Polis serta wakil Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis (PACSU).
Jurugambar: Konstabel Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Bryanlie Mustin.