Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Rai Penerima Apc 2025 Hargai Dedikasi Warga Pdrm

Diterbitkan: 05 May 2026 12.17 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.55 PM
Kuala Lumpur, 5 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini meraikan seramai 50 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai simbolik kepada keseluruhan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PDRM menerusi Majlis APC bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-rai-penerima-apc-2025-hargai-dedikasi-warga-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 05:39 MYT
Kuala Lumpur, 5 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini meraikan seramai 50 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai simbolik kepada keseluruhan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PDRM menerusi Majlis APC bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini.

Majlis dimulakan dengan penyerahan Buku Keputusan APC 2025 oleh Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid kepada barisan Pengarah, Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis negeri yang mewakili penerima dari jabatan, kontinjen, institusi latihan dan briged.

Seusai itu, majlis penyampaian APC disempurnakan oleh Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid dengan diiringi oleh Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid bersama Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim kepada 50 penerima yang didahului oleh Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman.

Sebagai rekod, seramai 10,677 warga PDRM dipilih sebagai penerima APC bagi tahun 2025 yang merangkumi 1,090 Pegawai Kanan Polis, 8,612 Pegawai Rendah Polis dan 975 Pegawai Awam dari Bukit Aman, kontinjen, briged serta institusi latihan.

Berucap dalam majlis diadakan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menyatakan bahawa majlis APC bukan sekadar memenuhi tuntutan anugerah tahunan, tetapi merupakan manifestasi penghargaan Pasukan terhadap keringat, pengorbanan dan kesetiaan warga Sang Saka Biru dalam memberikan perkhidmatan berkualiti selaras dengan harapan negara serta masyarakat.

"Setiap penugasan kepolisan yang dilaksanakan dengan berlandaskan prinsip amanah, prestasi dan integriti adalah satu bentuk ibadah yang dicintai Allah SWT. Inilah semangat yang melayakkan 10,677 warga PDRM dipilih sebagai penerima APC pada tahun ini,” tambah beliau.

Setiap penerima APC turut menerima insentif berbentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime berjumlah RM1,000.00. Inisiatif hasil kolaborasi strategik bersama PTPTN yang telah memasuki tahun ketujuh pelaksanaannya ini merupakan satu pelaburan bermakna untuk masa depan warga PDRM yang terpilih. Selain itu, PTPTN turut menyumbang RM10,000 bagi cabutan bertuah berupa sijil SSPN (Prime) sepanjang majlis berlangsung.

Dalam majlis sama, Dato’ Seri Norliza turut menyerahkan "mock cheque" SAHABAT PTPTN berjumlah RM68,032 kepada Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid untuk disalurkan ke Tabung Kebajikan PDRM.

Hadir sama memeriahkan majlis diadakan ialah sebahagian warga kerja PDRM dan pengamal media.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of dais and text that says 'သ THBUNG MAJLIS'

May be an image of text that says 'JUMLAH KESELUBUHAN 547 TABUNG MAJLIS Pentinocas APC PC2025 UGERAH NUGERAHPERICHIP PERKHIE NCEMERLANG ANG DIRA 한복금

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎SJN. SUN.RISIK/BANTUANTEKNI EKNIK INTEGRITI CAWANGAN RISIKANI OPERASI JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN

May be an image of dais and text

May be an image of text that says 'KИKU MAJLIS O TABUNG APC APC2025 ANUGERAH POLISDIRAJA PERKHIDMATANCEMERLAN 2025 cadidikdn Pondidal POLIS DIRAJA MALAYSI
ArtikelDiterbitkan 05 May 2026 12.17 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.55 PM