Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Persembah Dan Semat Lencana Sayap Kehormat 69 Komando Kepada Tun Datuk Seri Panglima Dr Juhar

Published: 10 Oct 2024 2.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Kinabalu, 5 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi mempersembah dan seterusnya menyematkan lencana kehormat sayap 69 Komando kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Padang Merdeka, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-persembah-dan-semat-lencana-sayap-kehormat-69-komando-kepada-tun-datuk-seri-panglima-dr-juhar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:13 MYT

Kota Kinabalu, 5 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi mempersembah dan seterusnya menyematkan lencana kehormat sayap 69 Komando kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Padang Merdeka, di sini.

Acara mempersembahkan sayap kehormat kebanggaan unit elit Pasukan Gerakan Khas dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bersempena merai dan membesarkan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang jatuh pada hari ini, 5 Oktober 2024.

Penganugerahan yang julung kali diberikan kepada Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Juhar tadi adalah sebagai tanda setinggi-tinggi penghargaan Pasukan atas segala sokongan dan dorongan penuh dalam memastikan PDRM khasnya 69 Komando dapat menjaga keselamatan serta ketenteraman awam di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah sentiasa terpelihara.

Hadir sama menyaksikan penganugerahan tersebut, isteri kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni, pimpinan Kerajaan Negeri Sabah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman.

Dalam tertib sambutan yang berlangsung gilang gemilang tadi, pelbagai acara disusun rapi melibatkan penyertaan masyarakat setempat, agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pihak swasta yang merangkumi 89 kontinjen perbarisan keseluruhannya.
Yang turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, Datin Nurhayatie Farhana Abdullah, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am, SAC Datuk Abdul Rani Alias, tetamu kenamaan, warga PDRM Kontinjen Sabah dan rakan-rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin.

May be an image of 7 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 13 people and text

May be an image of text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 6 people, jeep and text that says 'E ' O በር።! 서선구라 ZB ZB3487 3487'

May be an image of 6 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 5 people

May be an image of 6 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 9 people and text

No photo description available.


ArticlePublished 10 Oct 2024 2.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM