Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Penuhi Jemputan Ke Peluncuran Peluang Pekerjaan Dan Penyerahan Surat Tawaran Plki Ecrl

Diterbitkan: 06 May 2025 12.26 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.04 PM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin memenuhi jemputan ke Majlis Peluncuran Peluang Pekerjaan dan Penyerahan Surat Tawaran Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI)-Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi Fasa Pengoperasian dan Penyelenggaraan (O&M) di Mandarin Oriental Hotel, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-penuhi-jemputan-ke-peluncuran-peluang-pekerjaan-dan-penyerahan-surat-tawaran-plki-ecrl
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:29 MYT
Kuala Lumpur, 6 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin memenuhi jemputan ke Majlis Peluncuran Peluang Pekerjaan dan Penyerahan Surat Tawaran Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI)-Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi Fasa Pengoperasian dan Penyelenggaraan (O&M) di Mandarin Oriental Hotel, di sini, petang tadi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Pengangkutan, Tuan Loke Siew Fook.

Terdahulu ketibaan Tan Sri Razarudin disambut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Mohamed Usuf Jan Mohamad bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman.

Projek ECRL itu merupakan antara inisiatif infrastruktur berskala besar yang dijangka merubah landskap pengangkutan negara, khususnya di wilayah Pantai Timur. Fasa O&M yang dijadualkan bermula pada Januari 2027 dijangka mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan, dengan 80 peratus daripadanya melibatkan tenaga kerja tempatan.

Sebagai persiapan jangka panjang, seramai 210 penuntut daripada pelbagai institusi pengajian tinggi telah dipilih untuk menjalani latihan intensif selama setahun di Liuzhou, China. Mereka dijamin penempatan pekerjaan bersama ECRL sebaik sahaja tamat latihan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, barisan Menteri Kabinet dan ketua-ketua jabatan serta agensi Kerajaan Persekutuan.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar



May be an image of 7 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais, newsroom and text

May be an image of 16 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text



ArtikelDiterbitkan 06 May 2025 12.26 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.04 PM