
Article
Kpn Pengerusikan Taklimat Penambahbaikan Kemudahan Logistik Untuk Operasi Jsj Dan Jsjn
Kuala Lumpur, 6 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Taklimat Penambahbaikan Kemudahan Logistik Untuk Operasi...
Kuala Lumpur, 6 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Taklimat Penambahbaikan Kemudahan Logistik Untuk Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Antara agenda taklimat sebentar tadi adalah pembentangan keperluan untuk penambahbaikan kemudahan logistik bagi kedua-dua jabatan berkenaan yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Datuk Zainuddin Ahmad dan Timbalan Pengarah JSJ (Risikan dan Operasi) Bukit Aman, DCP Fadil Hj. Marsus.
Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah JSJN, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abdul Manan, Pengarah JSJ, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad serta para pegawai kanan JSJ dan JSJN.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan