
Article
Kpn Pengerusikan Taklimat Ahli Jawatankuasa Mes Pegawai Kanan Pdrm
Kuala Lumpur, 29 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain merangkap Yang Dipertua Mes Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempengerusikan...
Kuala Lumpur, 29 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain merangkap Yang Dipertua Mes Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempengerusikan taklimat Ahli Jawatankuasa Mes Pegawai Kanan PDRM di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Antara agenda taklimat sebentar tadi adalah pembentangan laporan kewangan Mes, aktiviti dan pembentangan beberapa usul yang dibangkitkan semasa Mesyuarat Agung Mes ke-46 tahun lalu sebagai persediaan menghadapi Mesyuarat Agung Mes ke-47 yang dijadualkan berlangsung pada Februari depan.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Integriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Naib Yang Dipertua Mes PDRM, DCP Dato' Fadzil Ahmat, Setiausaha Polis Malaysia merangkap Ex-Officio Mes PDRM, DCP Alzafny Ahmad dan barisan Ahli Jawatankuasa Mes PDRM.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery