Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Pengerusikan Mesyuarat Risikan Sempadan Bilangan 1 Tahun 2025

Diterbitkan: 19 Mar 2025 6.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 19 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Mesyuarat Risikan Sempadan Bilangan 1 Tahun 2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-pengerusikan-mesyuarat-risikan-sempadan-bilangan-1-tahun-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:48 MYT
Kuala Lumpur, 19 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Mesyuarat Risikan Sempadan Bilangan 1 Tahun 2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di sini, pagi tadi.

Mesyuarat selama satu jam itu turut dihadiri Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Menurut Tan Sri Razarudin, mesyuarat tersebut merupakan satu pendekatan komprehensif yang melibatkan Jabatan KDNKA, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam perkongsian maklumat risikan menerusi jawatankuasa induk yang dilantik.

Selain meningkatkan keberkesanan perkongsian maklumat dan risikan, mesyuarat tersebut bertujuan mengukuhkan kerjasama risikan dan operasi, meningkatkan kecekapan dalam mengenal pasti, menganalisis dan mengekang aktiviti jenayah terancang, di samping memperkemaskan mekanisme kawalan sempadan.

Turut hadir, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Pengarah KDNKA, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Pemangku Pengarah JSJN, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, barisan timbalan pengarah, komander-komander di bawah elemen Jabatan KDNKA serta para pegawai kanan polis.

Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

ArtikelDiterbitkan 19 Mar 2025 6.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM