
Article
Kpn Pengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Ncb Interpol Bersama Agensi Penguatkuasa Undang Undang Malaysia
Kuala Lumpur, 9 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan National Central Bureau (NCB)/Internationa...
Kuala Lumpur, 9 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan National Central Bureau (NCB)/International Criminal Police Organization (INTERPOL) Bersama Agensi Penguatkuasa Undang-Undang Malaysia, di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, baru-baru ini.
Mesyuarat tersebut bertujuan menyelaras tindakan yang perlu diambil oleh jabatan dan agensi terlibat berkaitan pemakluman tangkapan, kematian dan mangsa kepada Kementerian Luar Negeri serta Bahagian NCB/INTERPOL (D12), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Turut dibincangkan adalah mengenai fungsi dan peranan Bahagian D12 dalam konteks kerjasama antarabangsa serta mengenal pasti pegawai perhubungan (Point-of-Contact) bagi tujuan komunikasi pada masa hadapan.
Hadir sama, barisan Pengarah dan Pemangku Pengarah PDRM, ketua-ketua jabatan dan agensi luar.
Jurugambar: JSJ D6