Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Inovasi Pdrm Tahun 2024

Published: 09 Dec 2024 9.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 9 Disember - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2024 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-pengerusikan-mesyuarat-jawatankuasa-pemandu-pengurusan-inovasi-pdrm-tahun-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:18 MYT
Kuala Lumpur, 9 Disember - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2024 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan mengenai hala tuju dan strategi bagi meningkatkan usaha pemerkasaan inovasi di dalam Pasukan.

Selain itu, Tan Sri Razarudin turut menekankan bahawa matlamat utama pelaksanaan strategi tersebut adalah bagi meningkatkan keberkesanan operasi, memperkukuh keselamatan awam dan memperbaiki kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat.

Hadir sama dalam mesyuarat tadi ialah barisan Pengarah PDRM, Pemangku Pengarah Jabatan KDNKA, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, barisan Ketua Polis Negeri, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Nur Sabrina Ghazali

 
 
 
ArticlePublished 09 Dec 2024 9.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM