Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Pengerusikan Mesyuarat Jar Baiki Mutu Perkhidmatan Pdrm

Published: 16 Dec 2019 3.19 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador merangkap Pengerusi Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Induk Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mempengerusikan Mesyuarat JAR Induk PDRM Bilangan 3/2019 yang diadakan di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-pengerusikan-mesyuarat-jar-baiki-mutu-perkhidmatan-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:13 MYT

Kuala Lumpur, 16 Disember 2019 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador merangkap Pengerusi Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Induk Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mempengerusikan Mesyuarat JAR Induk PDRM Bilangan 3/2019 yang diadakan di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mesyuarat tersebut membincangkan isu-isu dan permasalahan yang relevan dalam pelaksanaan program dengan memberi tumpuan ke atas tiga fokus utama iaitu Pengukuhan Governans, Pemantapan Integriti serta Antirasuah.

Selain itu, turut dibentangkan laporan status pemantauan inisiatif-inisiatif di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan taklimat ‘Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi’ (OACP PDRM) oleh Setiausaha Jawatankuasa Kerja Pembangunan OACP, SAC Dato’ Pahlawan Azizi Mat Aris.

Bagi memastikan objektif mesyuarat tercapai, sesi ‘video conferencing’ buat pertama kali digunakan agar warga PDRM di peringkat jabatan, kontinjen, briged dan formasi seluruh negara boleh turut serta memberi pandangan dan buah fikiran.

Tan Sri Abdul Hamid turut mengingatkan semua ahli mesyuarat dan seluruh warga PDRM agar mengutamakan etika kerja sebagai penguatkuasa utama negara dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat sebagai sumbangan kepada kemajuan serta kemakmuran negara.

Image may contain: text
Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Kpn Pengerusikan Mesyuarat Jar Baiki Mutu Perkhidmatan Pdrm
Image may contain: 1 person, sitting
Image may contain: 2 people, people sitting
Image may contain: 7 people, people sitting
ArticlePublished 16 Dec 2019 3.19 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM