Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Pengerusikan Mesyuarat Ipcc Bersama Pengurusan Tinggi Pdrm Tahun 2024

Published: 13 Dec 2024 8.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 13 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) Bersama Pengurusan Tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat KPN, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-pengerusikan-mesyuarat-ipcc-bersama-pengurusan-tinggi-pdrm-tahun-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:25 MYT
Kuala Lumpur, 13 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) Bersama Pengurusan Tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat KPN, pagi tadi.

Mesyuarat yang bermula jam 9.30 pagi itu turut dipengerusikan bersama Pengerusi IPCC, Datuk Zolkopli Dahalan.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Antara intipati mesyuarat tersebut adalah membincangkan hala tuju dan kerjasama PDRM dengan IPCC serta memperincikan lagi gerak kerja dalam menangani salah laku dalam kalangan warga Pasukan.

Yang turut hadir, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, delegasi IPCC dan pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim

ArticlePublished 13 Dec 2024 8.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM