Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Pengerusi Perkep Malaysia Terus Santuni Warga Pdrm Dan Masyarakat Di Kedah Bersama Mdn

Published: 10 Mar 2024 10.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kulim, 10 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman terus menyantuni warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Masyarakat bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KULIM, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-pengerusi-perkep-malaysia-terus-santuni-warga-pdrm-dan-masyarakat-di-kedah-bersama-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:15 MYT
Kulim, 10 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman terus menyantuni warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Masyarakat bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KULIM, petang tadi.

Ketibaan Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama isteri, Datin Seri Norhayati Musa di perkarangan IPD Kulim sekitar jam 2.30 petang telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Kedah, CP Dato' Fisol Salleh dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Kontinjen Kedah, Datin Norli Ahmad serta Timbalan KP negeri, DCP Adzli Abu Shah.

Dalam majlis tersebut, Tan Sri Razarudin turut mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution menyampaikan sumbangan kebajikan termasuk buah kurma kepada wakil-wakil ahli jawatankuasa masjid dan surau dalam Kontinjen Kedah sebagai persediaaan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang akan kunjung tiba tidak lama lagi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bukit Aman, SAC Mohd Asri Md Akhir, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Kedah, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi serta Pegawai Kanan Kontinjen Kedah.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

ArticlePublished 10 Mar 2024 10.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM