
Kpn Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Spkpp Pdrm Pertama Tahun 2023
Kuala Lumpur, 14 Februari 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pertama bagi tahun 2023 di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, di sini.
Mesyuarat yang dihadiri barisan Pengarah Jabatan PDRM dan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), selaku Urus Setia Jawatankuasa Mesyuarat SPKKP, CP Dato' Mohd Hishamudin Tahar itu membincangkan isu berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan warga PDRM serta usaha yang perlu dilakukan bagi memperkasakan pembudayaan tersebut.
Tan Sri Acryl Sani dalam ucapannya berkata, pembudayaan keselamatan dan kesihatan merupakan satu paradigma baharu dengan memberi penekanan kepada keselamatan, kesihatan dan kebajikan pegawai polis serta pegawai awam yang berkhidmat dalam PDRM.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Bukit Aman, CP Datuk Ahmad Ramdzan Daud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Bukit Aman, DCP Gilbert Philip Layang, Timbalan Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud sertaTimbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset), Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, SAC Azizee Ismail.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang