Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Meriahkan Sambutan Hsn Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 Bersama Pm

Diterbitkan: 14 Oct 2023 5.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 14 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di pekarangan Istana Kehakiman, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-meriahkan-sambutan-hsn-peringkat-kebangsaan-tahun-2023-bersama-pm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:24 MYT
 
Putrajaya, 14 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di pekarangan Istana Kehakiman, di sini, pagi tadi.

Majlis bertemakan #FitMalaysia dan #HSN2023 itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan diringi Menteri Belia dan Sukan, Puan Hannah Yeoh.

Dalam majlis tersebut juga, Tan Sri Razarudin berkesempatan mengiringi Dato’ Seri Anwar melakukan gimik perasmian HSN sebelum pelepasan acara ‘fun run’, ‘fun ride’ dan ‘fun walk’.

HSN 2023 yang dianjurkan saban tahun oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBSMalaysia) ini bermula seawal jam 7 pagi dan sarat dengan pelbagai acara serta aktiviti sukan.

Selari dengan seruan kerajaan yang mengisytiharkan setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober sebagai Hari Sukan Negara, seluruh warga Polis Diraja Malaysia turut memeriahkan sambutan tersebut di setiap kontinjen dan formasi secara serentak hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tuan Adam Adli Abd Halim, Ketua Setiausaha (KSU) Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, KSU Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad serta rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Muhammad Izqhar Zainal Ibidin, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of one or more people, road, crowd and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 11 people and text that says 'K SUKAN'

May be an image of 3 people, crowd, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 10 people, speaker, dais and text
ArtikelDiterbitkan 14 Oct 2023 5.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM