
Article
Kpn Mengadap Sembah Kdymm Sultan Terengganu
Kuala Lumpur, 3 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail mengadap sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Tere...
Kuala Lumpur, 3 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail mengadap sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Istana Hinggap Terengganu, di sini, pagi tadi.
Mengadap sembah ke atas KDYMM Sultan Terengganu merupakan yang pertama sejak Dato' Sri Hj. Mohd Khalid di lantik menerajui Pasukan Sang Saka Biru pada 20 Jun lalu.
Ketibaan beliau di Istana Hinggap Terengganu tadi kira-kira jam 10.30 pagi telah disambut oleh Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Hj. Mohd Sophian Abu Bakar.
Turut sama dalam sembah mengadap tersebut ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Hadir sama, Pengerusi Kor Armor Diraja (KAD), Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan Atan dan Pengarah KAD, Brigadier Jeneral Datuk Mohd Fazly Mat Said.
Jurugambar: Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar




