Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Lawat Lokasi Letupan Paip Gas Di Putra Height

Diterbitkan: 07 Apr 2025 11.12 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.06 PM
Subang Jaya, 7 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain melawat ke lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights di sini, tengah hari tadi. Ketibaan beliau di lokasi sekitar 12.30 tengah hari tadi disambut oleh Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-lawat-lokasi-letupan-paip-gas-di-putra-height
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:54 MYT
Subang Jaya, 7 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain melawat ke lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights di sini, tengah hari tadi.
Ketibaan beliau di lokasi sekitar 12.30 tengah hari tadi disambut oleh Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan.

Lawatan beliau itu dimulakan dengan mendengar taklimat oleh Dato' Hussein berkenaan kejadian yang berlaku di mana ke semua elemen memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan dan keselamatan kawasan kembali pulih seperti sedia kala.

Tan Sri Razarudin turut mendegar taklimat yang disampaikan oleh KP Daerah SUBANG JAYA, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkenaan perkembangan semasa siasatan yang dijalankan oleh pihak polis.

Seusai taklimat, Tan Sri Razarudin telah dibawa ke Pos Kawalan Tempat Kejadian bagi membuat tinjauan dan melihat keadaan kawasan yang terjejas sambil diiringi oleh Timbalan KP Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Wan Kamarul Azran Wan Yusof, Pegawai Turus Persenjataan (CBRNE), Cawangan Persenjataan, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, DSP Rayner Jaunis.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri


May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 12 people, table and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text

ArtikelDiterbitkan 07 Apr 2025 11.12 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.06 PM