Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Lakukan Ziarah Kebajikan Ke Atas Pesara Polis

Published: 07 Jul 2025 11.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail mengadakan ziarah kebajikan ke atas pesara polis, Chif Inspektor, Huzahim Za’abar di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-lakukan-ziarah-kebajikan-ke-atas-pesara-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:24 MYT
Kuala Lumpur, 7 Julai 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail mengadakan ziarah kebajikan ke atas pesara polis, Chif Inspektor, Huzahim Za’abar di Institut Jantung Negara, di sini, petang tadi.

Dalam lawatan yang diadakan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Chif Inspektor Huzahim sebagai tanda penghargaan di samping memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar diberikan kesembuhan.

Walaupun padat dengan jadual urusan rasmi, kelapangan waktu yang diusahakan oleh Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid itu menunjukkan komitmen dan keprihatinan beliau terhadap aspek kebajikan warga Pasukan amat tinggi.

Turut hadir, Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, ACP Mazratul Akmar Ahamed Sabki, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din dan para pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 5 people, hospital and text

May be an image of 7 people, hospital and text

May be an image of 1 person, smiling, hospital and text

May be an image of 2 people, dais, hospital and text



ArticlePublished 07 Jul 2025 11.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM