Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Ke Istiadat Sambutan Rasmi Perdana Menteri Republik Demokratik Timor Leste

Published: 02 Dec 2024 8.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 2 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menyertai Ketua-ketua Agensi Kerajaan Persekutuan lain ke Istiadat Sambutan Rasmi Lawatan Perdana Menteri (PM) Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama (TYT) Mr. Kay Rala Xanana Gusmao ke Malaysia yang berlangsung di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-ke-istiadat-sambutan-rasmi-perdana-menteri-republik-demokratik-timor-leste
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:40 MYT
 
Putrajaya, 2 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menyertai Ketua-ketua Agensi Kerajaan Persekutuan lain ke Istiadat Sambutan Rasmi Lawatan Perdana Menteri (PM) Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama (TYT) Mr. Kay Rala Xanana Gusmao ke Malaysia yang berlangsung di sini.

Istiadat sambutan negara yang diketuai oleh PM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu turut dihadiri oleh barisan menteri kabinet di Bangunan Perdana Putra.

Ianya merupakan lawatan sulung Perdana Menteri ke-6 republik tersebut ke Malaysia sejak mengetuai semula Timor-Leste selepas memenangi pilihan raya pada Julai 2023.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Peguam Negara, Dato' Mohd Dusuki Mokhtar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz.
 
May be an image of 5 people and dais

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 12 people, dais and text
ArticlePublished 02 Dec 2024 8.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM