Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Iring Pm Ke Program Ramah Mesra Bersama Warga Kdn Di Terengganu 20240711

Published: 11 Jul 2024 6.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Marang, 10 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir mengiringi Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Terengganu di Dewan Sri Kapas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-iring-pm-ke-program-ramah-mesra-bersama-warga-kdn-di-terengganu-20240711
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:23 MYT
Marang, 10 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir mengiringi Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Terengganu di Dewan Sri Kapas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, di sini, petang tadi.

Program tersebut turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyambut ketibaan Dato’ Seri Anwar seterusnya mendengar taklimat ringkas mengenai keadaan fasiliti kuarters yang disampaikan oleh Ketua Polis Dearah Marang, DSP Mohd Razman Setapa.

Dalam program yang diadakan, Dato’ Seri Anwar bersama tetamu jemputan telah dibawa melawat ke kuarters perumahan Blok G1, IPD Marang bagi melihat keadaan perumahan kuaters tersebut yang mula dibina pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada tahun 2006.

Berucap dalam majlis yang diadakan, Dato’ Seri Anwar menyatakan bahawa bagi memastikan jaminan keselamatan dan ketenteraman awam yang holistik, infrastruktur dan fasiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk kemudahan kuarters perumahan perlu diperkukuhkan dan dibuat penambahbaikan.

Tambah beliau, peruntukan sejumlah RM1 juta telah diluluskan bagi tujuan membaik pulih dan penyelenggaraan 20 unit kuarters anggota di IPD Marang.

Sementara itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam ucapannya memfokuskan isu sumber manusia dan kemudahan PDRM perlu diperkukuhkan lagi selain keupayaan intelek dan kemahiran tinggi dipertingkatkan supaya warga KDN sentiasa peka dengan kemodenan dan pembangunan seantero dunia.

Program yang julung-julung kali diadakan bertujuan untuk mendedikasikan dan mengiktiraf sumbangan serta pengorbanan warga Pasukan menerusi pemerkasaan keperluan penugasan setiap agensi di bawah KDN.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin telah hadir ke Majlis Peluncuran Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark di Cypark Solar Merchang, Marang yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Anwar. Projek berkenaan merupakan satu usaha yang penting dalam menjayakan rencana kritikal negara terkait soal transisi tenaga.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Mohd Khairi Khairudin, ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi di bawah KDN serta rakan media.

Jurugambar: Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

ArticlePublished 11 Jul 2024 6.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM