
Article
Kpn Hadiri Mesyuarat Perancangan Strategik Kdn Bersama Mdn
Kuala Lumpur, 25 Januari 2024 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bersama...
Kuala Lumpur, 25 Januari 2024 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berlangsung dekat Hotel Majestic, di sini, malam tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi KDN dan agensi di bawahnya.
Dalam majlis tersebut juga, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menyampaikan amanat beliau sempena tahun baharu 2024, disusuli sesi perkongsian pengalaman oleh cendekiawan Islam terkenal dari negara Kuwait, Dr. Tareq Mohammed Al-Suwaidan.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim dan Komander Eastern Command, DCP Datuk Victor Sanjos.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.









