Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadiri Dialog Belanjawan 2026 Kdn

Published: 21 Aug 2025 11.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 21 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Dialog Belanjawan 2026 anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Gemilang, Kompleks Setia Perkasa, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadiri-dialog-belanjawan-2026-kdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:36 MYT
Putrajaya, 21 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Dialog Belanjawan 2026 anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Gemilang, Kompleks Setia Perkasa, di sini, petang tadi.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu menjadi platform penting bagi mendapatkan cadangan serta maklum balas secara langsung daripada jabatan dan agensi di bawah KDN dalam penyediaan Belanjawan 2026 yang bertemakan “Memacu Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat”.

Turut hadir ialah Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Gilberd Philip Layang serta ketua pengarah jabatan dan agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi


May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 5 people and dais

May be an image of 2 people, dais and text that says 'BERSAMA DENGAN 3 DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISM MENTERI DALAM NEGERI DGOS 2025 KHAMIS) 2.00 PE

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 4 people


ArticlePublished 21 Aug 2025 11.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM