
Artikel
Kpn Hadir Taklimat Kontinjen Johor Menjelang Prk Pulai Dan Simpang Jeram
Johor Bahru, 25 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)...
Johor Bahru, 25 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bagi mendengar taklimat keselamatan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.161 Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Simpang Jeram, di sini, malam tadi.
Dalam sesi taklimat yang diadakan di Bilik Gerakan IPK Johor tadi turut diadakan sesi telesidang bersama pasukan Op Cantas di lapangan.
Selain yakin dengan strategi persiapan yang telah disampaikan oleh kepimpinan polis negeri, Tan Sri Razarudin turut berharap agar PRK kali ini dapat diadakan dengan lancar dan sempurna.
Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Bukit Aman, CP Dato’ Hishamudin Tahar, Timbalan KP Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu, barisan ketua jabatan IPK Johor, ketua Formasi dan ketua polis daerah Kontinjen Johor.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.