
Article
Kpn Hadir Sesi Libat Urus Dan Merarau Mdn Bersama Dengan Ketua Ketua Pengarang Media
Putrajaya, 11 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi undangan ke Sesi Libat Urus dan Merarau Menteri Dalam Negeri (MDN),...
Putrajaya, 11 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi undangan ke Sesi Libat Urus dan Merarau Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media yang diadakan di Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, pagi tadi.
Ketibaan KPN sekitar jam 8.30 pagi telah disambut oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato' Ts. Azizee Ismail bersama Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Julina Salehuddin.
Program dimulai dengan ucapan aluan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution sebelum tertib program diteruskan dengan sesi dialog yang dikendalikan oleh moderator, Pegawai Khas MDN, Encik Omar Mokhtar.
Sesi yang dihadiri oleh 11 Ketua Unit Komunikasi Korporat Agensi Kerajaan dan 20 Ketua Pengarang serta Penyiaran Media itu bertujuan membuka ruang pertanyaan berkenaan isu terkini, terutamanya berkaitan kewarganegaraan dan perkembangan kes Global Ikhwan Berhad Services and Business Holdings.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Hj. Makhzan Mahyuddin, barisan ketua jabatan dan agensi di bawah KDN.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin



