Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 Kdn Di Putrajaya

Diterbitkan: 02 Aug 2024 12.43 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 2 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain seusai solat Jumaat tadi meneruskan tugasnya dengan menghadiri Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 Bersama Pemegang Taruh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Setia Perkasa, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-sesi-libat-urus-belanjawan-2025-kdn-di-putrajaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:34 MYT
Putrajaya, 2 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain seusai solat Jumaat tadi meneruskan tugasnya dengan menghadiri Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 Bersama Pemegang Taruh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Setia Perkasa, di sini.

Sesi yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tadi melibatkan sebanyak 450 peserta yang telah turut serta memberikan pelbagai input berkaitan sektor-sektor di bawah KDN untuk Belanjawan 2025 yang bertemakan ‘Ekonomi Madani: Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pastinya terlibat secara langsung dalam sektor keselamatan yang menyentuh lapan isu teras termasuk cabaran di masa hadapan.

Isu-isu yang diberi perhatian oleh PDRM meliputi keselamatan sempadan, jenayah rentas sempadan, dadah, jenayah siber, penipuan dalam talian dan hak asasi manusia.

Kesemua input yang diberi dan dibincangkan dalam sesi libat urus tadi akan diperhalusi lagi sebelum diangkat ke peringkat Kementerian Kewangan.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia dan ketua jabatan serta agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini,Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 4 people and street




ArtikelDiterbitkan 02 Aug 2024 12.43 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM