Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Sempurnakan Serah Terima Tugas Kp Kelantan

Published: 29 Aug 2024 8.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 29 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis (KP) Kelantan yang berlangsung di Dewan Dato' Dr. Ab Rahman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-sempurnakan-serah-terima-tugas-kp-kelantan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:07 MYT
Kota Bharu, 29 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis (KP) Kelantan yang berlangsung di Dewan Dato' Dr. Ab Rahman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas yang disaksikan oleh Tan Sri Razarudin disusuli acara penyerahan tongkat kuasa di antara KP Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun dengan pemangkunya yang juga Timbalan KP Kelantan, DCP Mohd Ali Tamby.

Berucap dalam majlis tadi, Tan Sri Razarudin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato' Muhamad Zaki atas khidmat bakti yang telah beliau curahkan sepanjang perkhidmatan selama 37 tahun bersama Pasukan khususnya dan negara amnya.

"Sesungguhnya, bukan mudah untuk memikul gelaran sebagai seorang pemimpin. Mulai saat dan ketika mandat diberikan, maka terpikullah di bahu kita, satu tanggungjawab yang amat besar lagi mencabar kerana ia merupakan satu amanah yang datangnya dari ketetapan Allah SWT, yang akan dihisab di akhirat kelak", ujarnya lagi.

Menyingkap kembali perjalanan kerjaya Dato' Muhamad Zaki, anak jati Kelantan itu pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Ketua Polis Daerah Seremban, Timbalan KP Negeri Sembilan dan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman. Kredibiliti dan nilai kepimpinan tinggi yang ditonjolkan, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia untuk menerajui Kontinjen Kelantan bermula 25 September 2022 sehingga ke penghujung perkhidmatannya.

Dalam majlis sama, turut berlangsung serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kelantan di antara Datin Suzana Yashin dengan pemangkunya, Puan Norainon Hj. Ramli yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman.

Hadir sama, Ketua Cawangan Khas Kelantan, SAC Ahmad Norisham Maarus, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris, warga kerja IPK Kelantan dan rakan-rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

 
ArticlePublished 29 Aug 2024 8.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM