Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Persidangan Aseanapol Ke 40

Diterbitkan: 02 Mar 2022 12.27 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Phnom Penh, 2 Mac 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Persidangan Polis Negara ASEAN (ASEANAPOL) Ke-40 yang berlangsung di Sokha Phnom Penh Hotel and Residence, Kemboja hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-persidangan-aseanapol-ke-40
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:01 MYT
Phnom Penh, 2 Mac 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Persidangan Polis Negara ASEAN (ASEANAPOL) Ke-40 yang berlangsung di Sokha Phnom Penh Hotel and Residence, Kemboja hari ini.

Persidangan lima hari yang bermula semalam itu merupakan platform terbaik perkongsian isu jenayah rentas sempadan antaranya penyeludupan dadah, penyeludupan senjata api, jenayah siber, keganasan dan penyeludupan hidupan liar terutama bagi rantau Asia Tenggara.

Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara ketua-ketua polis negara ahli yang terdiri daripada Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja dan Malaysia serta rakan dialog ASEANAPOL seperti Australia, China, Jepun, Korea, Turki, Rusia, United Kingdom dan New Zealand.

Hadir sama mengiringi KPN dalam persidangan tersebut ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Zamri Yahya, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, SAC Tuan Mohd Rozi Jidin, Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Tuan Shamsul Amar Ramli, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah dan Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pelaburan Bersindiket/Kad Elektronik/Lain-Lain Jenayah), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ACP Puan Koh Seok Keng.

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of indoor

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 6 people, people standing and indoor
ArtikelDiterbitkan 02 Mar 2022 12.27 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM