Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Penuhi Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Jpn

Published: 08 Apr 2025 9.14 AM Updated: 15 Aug 2026 8.06 PM
Putrajaya, 8 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia (JPN) yang diadakan di Dewan Balora Perdana di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-penuhi-jemputan-majlis-sambutan-hari-raya-aidilfitri-anjuran-jpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:13 MYT
Putrajaya, 8 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia (JPN) yang diadakan di Dewan Balora Perdana di sini, pagi tadi.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang disambut oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman bersama Ketua Pengarah JPN, Encik Badrul Hisham Alias selaku Pengerusi Jawatankuasa majlis.

Dalam majlis yang diadakan, Tan Sri Razarudin telah mengiringi MDN bersama KSU KDN melawat ke reruai-reruai yang menyajikan juadah hari raya sambil beramah mesra bersama warga kerja JPN.

Turut hadir, KSU Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Encik Fakhrul Razi Ab Wahab serta barisan ketua jabatan dan agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

ArticlePublished 08 Apr 2025 9.14 AMUpdated 15 Aug 2026 8.06 PM