
Article
Kpn Hadir Penuhi Jemputan Majlis Ramah Mesra Masjid Dan Surau Anjuran Jawi
Kuala Lumpur, 22 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau anjuran Jabatan Agama Islam Wi...
Kuala Lumpur, 22 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berlangsung meriah di pekarangan Masjid Wilayah di sini petang tadi.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr. Mohd. Na’im Mokhtar selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.
Kemeriahan penganjuran majlis yang diadakan turut disertai oleh 81 buah masjid dan surau sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kesepakatan komuniti Islam di wilayah ini.
Majlis yang berlangsung hampir 2 jam itu dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu raya yang menceriakan suasana yang dihadiiri hampir lebih 5,000 pengunjung membanjiri kawasan masjid.
Selesai majlis, Tan Sri Razarudin dan Dato’ Seri Anwar telah meluangkan masa beramah mesra bersama para tetamu kenamaan serta orang ramai yang hadir, dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
Turut hadir menyerikan majlis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan, Ketua Pengarah JAWI, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah JAWI, Tuan Haji Hanifuddin Roslan, wakil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi




