Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis Ke 128

Published: 11 Jul 2024 5.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 11 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) Ke-128 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-mesyuarat-suruhanjaya-pasukan-polis-ke-128
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:20 MYT
Kuala Lumpur, 11 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) Ke-128 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri selaku Setiausaha SPP, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi.

Antara intipati yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai isu-isu berbangkit dalam tadbir urus serta lantikan kenaikan pangkat dalam Pasukan.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Ahli-ahli SPP dan Setiausaha Bahagian SPP, Encik Mohd Khairul Zamalludin.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 8 people, table and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 4 people and text


ArticlePublished 11 Jul 2024 5.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM