
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Pasca Kabinet Kdn Bilangan 8 Tahun 2025
Putrajaya, 23 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 8 T...
Putrajaya, 23 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 8 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, KDN, di sini, petang tadi.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan turut dihadiri Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Dato' Shamsul Anuar Nasarah.
Dalam mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyampaikan beberapa keputusan mesyuarat jemaah menteri kepada ahli mesyuarat, selain mendengar pembentangan daripada wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah KDN berkenaan bidang tugas masing-masing.
Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, barisan Timbalan KSU KDN, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hj. Mohd Rosli Abdullah dan Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim